Setiap kejadian berlaku pasti ada sebabnya walaupun ia membabitkan organ tubuh badan sendiri. Mengapa kita ada kalanya keluar air mata, mata berkelip, rasa gatal pada mana-mana bahagian badan dan kepala berdenyut?
Begitu juga dengan perbuatan menguap yang langsung tidak boleh
dikawal ataupun sengaja kita lakukan kerana tindakan itu dianggap
sesuatu yang berlaku disebabkan kesan dalaman.
Lebih menariknya, pernahkah anda berada dalam situasi, apabila ada
seseorang menguap, pasti akan ada orang lain juga menguap? Mungkin ia
juga pernah terjadi pada diri anda.
Sebenarnya terdapat banyak
spekulasi dan kajian yang dilakukan mengenai menguap. Antaranya, menguap
dikatakan berpunca daripada saluran darah dalam badan manusia yang
kekurangan oksigen.
Namun memberikan oksigen lebih dalam badan tidak boleh
menghentikan menguap. Ada yang menyatakan menguap membabitkan reaksi
kimia, reaksi emosi dan reaksi tindakan.
Atas faktor emosi dan kedekatan individu juga satu kajian yang
dijalankan di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika mendapati yang
tabiat menguap mempunyai kesan berantai yang boleh menyebabkan orang
lain juga menguap.
Itulah sebab ada kalanya orang di sebelah kita
menguap membuatkan kita juga terasa seperti ingin menguap sama walaupun
tiada hubungan darah ataupun kenal antara satu sama lain.
Berdasarkan
kajian yang pernah dilakukan, jangkitan menguap mereka adalah di antara
individu yang mereka kenali seperti keluarga dan teman rapat serta
orang asing atau baru dikenali.
Menariknya, kajian ini hanya
menemui faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh
menyebarkan tabiat menguap adalah lebih kepada bentuk hubungan dan
keakraban antara mereka dan bukan sebab lain.
Apabila melihat
orang lain menguap, saraf seakan-akan meniru dan menyebabkan tubuh juga
menguap.
Ada sesetengah individu boleh menguap dengan hanya melihat
gambar orang lain menguap manakala ada juga yang tidak menguap meskipun
video aktiviti manusia menguap dipasang di hadapan mereka.
Berjangkit
Maksudnya
di sini, menguap boleh berlaku kerana peniruan apabila melihat orang
lain menguap atas faktor emosi dan kedekatan tanpa kita disedari.
Atas
alasan dan teori inilah, menguap itu dikatakan berjangkit.
Terdapat
satu kepercayaan di Greek yang menyatakan manusia perlu menutup mulut
apabila menguap bagi mengelakkan roh terlepas daripada mulut. Itulah
kepercayaan mereka di atas perbuatan menguap itu.
Akan tetapi
bagi masyarakat kita khususnya beragama Islam, kita dididik agar menutup
mulut ketika menguap dan sunat mengucapkan ‘astaghfirullah’ selepas
menguap kerana banyak hadis yang menyentuh mengenai perbuatan menguap
dan adabnya membawa kepada satu makna.
Islam tidak suka seseorang
menguap tanpa menutup mulut, apatah lagi ketika solat.
Rasulullah
sendiri pernah bersabda yang apabila seseorang kamu menguap, hendaklah
dia meletakkan tangannya pada mulutnya kerana sesungguhnya syaitan itu
akan masuk (melalui mulut yang terbuka).
Adapun menguap itu
adalah daripada syaitan.
Maka apabila kamu menguap, hendaklah menahan
sekadar termampu kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap,
syaitan akan mentertawakannya.
Ada yang menganggap menguap adalah
perbuatan normal, namun ada juga negara yang merasakan menguap itu satu
perbuatan antisosial sehingga kita menutup mulut.
Normal atau
tidak, kita mempunyai adab menguap yang perlu diikuti.
Ia bukan saja
mengelak daripada sebaran rantaian menguap ini kepada orang lain, malah
kita juga mengikut hadis dan sunah serta berusaha melawan tipu daya
syaitan.
Jadi kepada kawan-kawan semua, patuhilah adab dalam
Islam ketika anda menguap.
Rantaian menguap bukan menyeronokkan, ia
adalah satu tanda antisosial dan kita juga tentu tidak mahu ditertawakan
oleh syaitan.