Nangka, Buah Terbaik Pembunuh Kanser


Info Kesihatan Mohd Anim Hosnan

NANGKA - MELAWAN KANSER KOLON

N ANGKA (Artocarpus heterpphyllus) merupakan sejenis buah tropika yang popular dari keluarga Moraceae. 

 

Nangka atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Jackfruit' kini merupakan tanaman monokrop komersil yang ditanam secara meluas di Malaysia.

Buah nangka disebut sebagai salah satu buah paling baik dalam membunuh Kanser. Penelitian menunjukkan buah nangka berkhasiat mengubati kanser ganas seperti kanser kolorektal. Buah ini juga meningkatkan sistem kekebalan tubuh penderita kanser.


Buah berwarna kuning ini kaya akan nutrisi yang baik untuk menangkal kanser. Nangka mengandung vitamin, meneral, serat, dan antioksidan yang tinggi.

Dalam sebuah nangka terdapat vitamin A, C dan B6, riboflavin, magnesium, kalium, tembaga, dan mangan. Nangka dapat menangkal kanser lantaran mengandung zat fitokimia seperti flavonoid, saponin, dan tanin.

Menurut American Cancer Institute for Cancer, fitokimia memiliki sifat antioksidan yang dapat membantu melawan efek radikal bebas. Radikal bebas dapat merosak sel yang menyebabkan berbagai penyakit kronik, termasuk kanser.

Fitokimia dalam nangka juga dapat mencegah pertumbuhan pembuluh darah di sekitar kanser sehingga menghambat pertumbuhan sel kanser.

Dikutip dari Medical News Today, penelitian menunjukkan bahwa ekstrak biji nangka dapat menghambat pertumbuhan pembuluh darah yang diinduksi dalam embrio ayam. Peneliti lantas menyimpulkan kombinasi flavonoid, saponin, dan tanin yang semuanya ada dalam buah nangka memiliki potensi untuk menjadi terapi antikanser di masa depan.

Dikutip dari Health Line, vitamin C dalam buah nangka juga berperan sebagai antioksidan yang mencegah inflamasi atau radang yang dapat berujung pada penyakit kronik seperti jantung dan juga kanser.

Selain mencegah kanser, buah nangka juga baik untuk menjaga kadar kolesterol, tekanan darah, gula darah, dan kesehatan pencernaan


Kehebatan buah nangka sebagai makanan berasaskan tumbuhan yang berkesan dalam mengelakkan dan merawat Kanser Kolon.

Khasiat buah nangka sebagai satu daripada buah atau makanan yang merawat masalah serangan kanser.

Menurut laporan daripada Pusat Nasional Kanser (National Cancer Institute - NCI) di Amerika Syarikat (USA) pada masa ini terdapat seramai lebih dari 1.17 juta manusia dinegara tersebut yang mengidap masaalah Penyakit Kanser Kolon direkodkan pada tahun 2013.



Penyakit Kanser Kolon berlaku dalam perut yang melibatkan usus yang rosak dan boleh melibatkan komplikasi lain yang serius (Sila lihat rajah disebelah).

Kanseri ini sukar untuk dikesan dan dikelaskan sebagai jenis kanser yang rumit (complicated cancer). Kansier jeni kolon ini juga amat sukar untuk dirawat tidak seperti kanser jenis lain yang mudah dikesan dan dirawat.

Bagaimana pun institute NCI ini telah menjumpai kaedah merawat kanser kolon ini secara semulajadi, praktikal serta murah dan berkesan.

Kaedah yang mampu melawan sel kanser ini dan merawat adalah dengan memakan ISI BUAH NANGKA.

Buah nangka yang masak dan segar dipetik dari ladang memang mempunyai getah ketika membukanya dan melekat pada tangan atau pisau. Buah nangka yang masak ini manis, rangup, bau yang enak dan juicy (berair) sesuai dimakan segar atau pun diproses. Pokok nangka sesuai ditanam dikawasan beriklim tropika dan kini menjadi satu buah-buahan penting di Malaysia khususnya di Negeri Pahang. Pahang merupakan satu negeri yang luas menanam nangka secara komersil melalui projek TKPM Swasta, TKPM Usahawan dan juga Ladang Berkelompok. Selain dimakan segar, buah nangka boleh diproses sebagai jus, minimal process (MP), Puree, Kerepek, Halwa, Jeruk dan sebagainya. Nangka telah didakwa sebagai sejenis buah anti-kanser terutama kanser kolon yang diperjelaskan dalam artikel ini.


Mengelakkan kes Kanser Kolon adalah penting dilakukan sebelum diserang kanser tersebut kemudian membuat rawatan. Khasiat makan buah nangka segar sebelum ini didakwa kaya dengan pelnagai nutrisi seperti kandungan vitamin, mineral, gula dan pelbagai lagi komponennya. Ia amat kaya dengan bahan seperti Isoflavone, Phytonutrient, Lignan dan bahan Saponin. Keempat-empat unser ini adalah nutrien yang sangat berkuasa dan kuat melawan sel kanser. Khasiat buah nangka yang enak ini membantu dalam menghalang kejadian sel bebas radikal yang menyebabkan kejadian kes-kes kanser dan beberapa penyakit kronik lain. Kandungan asas iaitu 'Phytonutrient' ini mampu merawat kes kanser diperingkat awal serta pembentukkan sel-sel kanser dalam badan manusia. Kalau seseorang itu telah ada masaalah seperti Ulser Dalam Perut didakwa dengan temuan olej Institut NCI ini mampu merawatnya. Buah nangka mampu menyembuhkan masaalah ulser perut dengan berkasan jika diambil secara rutin dan tidak berlebihan. Peraka yang unik mengenai unsur 'phytonutrient' ini adalah kerana ia mudah didapati dan ujud daripada makanan berasaskan tumbuhan (plants-based foods). Penyelidik telah membuat kajian dan mengenalpasti beribu-ribu jenis phytonutrient dimana kesemuanya didapati mempunyai nilai kesihatan kepada manusia. Para saintis masih menjalankan kajisan diseluruh dunia bagaimana 3 jenis iaitu Saponin, Lignan dan bahan Isoflavone sebagai jenis phytonutrient terbaik dalam artikel ini dalam membantu mengatasi masaalah melawan kanser.
STATISTIK: Kadar insiden jenis kanser utama di Malaysia bagi kaum lelaki dan kaum perempuan dari 2007 hingga 2011. — Sumber: Pejabat Pendaftaran Kanser Negara Malaysia
Bahan Saponins merupakan unsur yang dikenalpasti sebagai agen Anti-kanser yang berkesan. Daripada laporan kajian iaitu Journal of Nutrition 1995) didapati bahawa unsur Saponins mempunyai sifat untuk mengelakkan serangan kanser kolon (colon cancer preventative properties). Ia juga didakwa sangat berkesan dalam usaha untuk meningkatkan ketahanan didalam kes serangan Leukemia yang juga signfikan. Bahan Saponin ini bertindakbalan dengan lapisan luar sel kanser dan ia mengikat sel tersebut untuk terus berkembang atau merosak. Buah nangka yang kaya dengan unsur saponin ini mudah didapati di Malaysia dan murah serta enak dimakan. Penulis juga menyentuh mengenai unsur Lignans dan Isoflavones yang mana keduanya nutiren ini adalah jenis 'Phytoestrogen'. Bahan phytonutrients mengikat dan juga sebagai agen penerima kepada estrogen. Kajian mendapati kejadian ini telah mengurangkan risiko kejadian apa yang dinamakan dalam bahasa perubatan sebagai 'Endometrial cancer'. Satu laporan mengenai perkara ini telah diterbitkan dalam jurnal oleh National Cancer Institute pada tahun 2006. Kajian yang melibatkan seramai 500 wanita ini dibuat secara random dimana mereka yang diberi makan buah nangka segar secara berjadual didapati kurang kejadian kes serangan kanser berbanding dengan mereka didalam kumpulan kawalan (controlled). Kajian ini mengesahkan kehebatan buah nangka terhadap kes kanser.


Perlindungan antioksidant yang terdapat pada buah nangka didakwa melindungi sel-sel DNA daripada kerosakkan akibat unsur oksijan radikal bebas. Anti-oksidan juga mengurangkan kes mutasi sel. Buah nangka segar juga bertindak dan berfungsi sebagai anti-oksidan yang tidak terhenti tindakannya malahan akan terus aktif. Kandungan bahan fiber dalam buah nangka yang tinggi serta rasa melekit pada buah nangka membersihkan kolon dalam perut (work as a great colon cleanser).

Ia juga membuang kandungan toksin daripada usus penghadaman. Seterusnya perkara ini memang amat signifikan dalam mengurang risiko kanser kolon. Buah nangka juga meningkatkan tahap imuniti badan. Ia kaya dengan zat seperti Vitamin C dan gula ringkas yang berkesan menyihatkan badan. Kajian awal menunjukkan mereka yang makan buah nangka dengan kerap kurang diserang demam atau penyekit lain. Dalam kajian yang dijalankan pada tikus berkait dengan kesan ketahanan badan (immune-boost properties) didapati nangka segar yang mengandungi polysaccharides membantu memperbaiki fungsi sel phagocytic iaitu sel yang berkait dengan sistem immun badan. Nilai permakanan buah nangka adalah penting dijadikan sebagai makanan diet bagi kurangkan risiko serangan kanser kolon.

FAKTA MENAKUTKAN: Sepuluh kanser paling biasa atau umum di Malaysia 2007 –2011. — Sumber: Pejabat Pendaftaran Kanser Negara Malaysia
Banyak cara makan buah nangka sebagai diet. Pertama perlu di ketahui dimana dalam 1 cawan buah nangka mengandungi sebanyak 155 kalori dan cuma ada 4 kalori lemak. Nangka sangat rendah kandungan lemak tepu, kolesterol dan garam sodium. Ia amat kaya dengan vitamin C, Vitamin A, Niacin, Folate, Thiamine dan Riboflavin. Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti Potassium, Magnesium, zat besi, Manganese, Kalsium, Zink, Selenium, Copper dan Posphorus.

Kandungan gula ringkas dalam buah nangka sangat baik untuk kesihatan. Satu cawan isi nangka mengandungi 11% bahan serat (fiber) yang enak atau dikenali sebagai 'Pulpy Fruits'. Buah nangka dilaporkan dalam sejarah perubatan China sebagai buah yang boleh hilangkan mabuk minum alkohol yang berkesan.


Makanlah buah nangka segar yang dihasilkan oleh petani yang menerima persijilan MyGAP untuk mendapatkan produk yang berkualiti, selamat dimakan dan meningkatkan kesihatan kita. Semuga tulisan ini mampu memberi info berguna kepada pembaca smeua!. Wasallam!!.

MAKAN NANGKA... KANSER DIRAWAT...
KANSER KOLON... MEMANG JAHAT...
SAPONIN...IA ANTIOKSIDAN HEBAT...
MAKAN NANGKA...PENULIS SIHAT...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Nangka Jelai,
Lipis, Pahang,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1437H).

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.