Tahap menentukan Kencing berbuih

Kalau buih macam teh o kosong panas saja, itu tiada penyakit.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Kalau buih banyak macam 'beer baru tuang', itu memang berpenyakit.

Kalau buih macam teh o kosong panas saja, itu tiada penyakit ...



Jadi jangan kelam kabut jumpa doktor kalau nampak ada buih sikit sikit dalam air kencing.

Malangnya sini sana amaran di facebook dan iklan radio mengatakan kencing berbuih itu adalah tanda penyakit buah pinggang tanpa menerangkan dengan terperinci bahawa buih yang BANYAK itu yang berpenyakit.


Air kencing manusia memang sentiasa ada buih terhasil kerana kandungan urea yang menyebabkan penghasilan buih. Kalau air kencing pekat, terutama awal pagi, lagi banyak kandungan urea, maka lagi banyak buih.


Kalau lagi deras laju kencingnya (ya lah batang paipnya mangkali masih deras), maka pancuran air kencing deras ini juga menghasilkan buih (seperti air terjun la bah).

Yang lebih penting adalah, kalau ada tanda tanda lain seperti badan letih lesu, bengkak kaki, selalu sakit pinggang, selalu kencing darah.... kemudian ada pula kencing buih.. maka ketika ini barulah buih itu mungkin tanda penyakit buah pinggang.


Kalau sihat walafiat, batang paip dan laju anunya... air kencingnya bah ..

buih sikit sikit terhasil, buihnya juga cepat hilang meletup semua ... itu masih sihat.. 

Yang penting buih tu jangan membuak buak macam beer cispak yang baru tuang di galas, itu 'kompom' ada sakit buah pinggang bosku ..

Apapun, sekiranya ada kemusykilan, sila buat pemeriksaan darah untuk Fungsi Buah Pinggang.

Picture
Dr Rizin Kusop 
Rujukan:https://www.healthline.com/health/foamy-urine



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.