Virus penyakit kelamin HPV jangkiti 600 juta orang – WHO

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Virus HPV boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan dan penyakit kanser. - Foto INGIMAGE
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


HPV pembunuh senyap

respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) BARAH serviks menjadi igauan ngeri.(Foto Gambar Hiasan ©Harian Metro)
GENEVA, Switzerland – Amaran dikeluarkan terhadap berjuta-juta orang tentang bahaya penyakit kelamin yang menjadi pembunuh senyap dan berisiko menyebabkan kanser di samping ketuat pada kemaluan, lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat kira-kira 600 juta kes virus papiloma manusia (HPV), menjadikannya penyakit kelamin paling lazim berlaku di planet ini.

HPV sendiri tidak berbahaya dan ramai orang yang aktif secara seksual di seluruh dunia berkemungkinan dijangkiti virus itu sekali dalam seumur hidup mereka.

Pada kebiasaannya, HPV berjangkit melalui hubungan seks normal atau melalui dubur, manakala sentuhan kulit ke kulit semasa hubungan seks juga boleh menyebabkan jangkitan berlaku.

Virus itu boleh menyebabkan kanser dubur, serviks, mulut dan zakar.

Risiko HPV sebagai pendahulu kepada kanser sukar diabaikan dengan WHO menyatakan: “Sekurang-kurangnya 13 da­ripada lebih 100 genotip (ciri genetik) HPV yang diketahui, boleh menyebabkan kanser serviks. Ia juga dikaitkan de­ngan kanser anogenital lain serta kanser kepala termasuk leher.

“Dua genotip berisiko tinggi yang paling biasa (HPV 16 dan 18) menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada semua kanser serviks.

“HPV dianggarkan telah menyebabkan hampir setengah juta kes kanser dan 250,000 kematian akibat kanser serviks pada 2002, di mana kira-kira 80 peratus daripadanya berlaku di negara-negara membangun,” kata WHO dalam laporannya

Walaupun jelas berbahaya, kesedaran tentang HPV masih rendah dengan Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika menyatakan, sekitar 70 peratus orang dianggap mengetahui tentangnya.

Satu kajian antara tahun 2014 hingga 2020 melibatkan 2,000 orang dewasa mendapati sekitar 70.2 peratus menge­tahui tentang kaitan HPV serta kanser serviks, manakala hanya 27.9 peratus tahu penyakit ke­lamin itu boleh mengakibatkan kanser dubur.

Namun, jumlah itu menurun kepada 27.4 peratus apabila kajian sama selesai pada 2020.

Menurut kajian berkenaan, 29.5 peratus sahaja responden tahu HPV dikaitkan dengan kanser mulut dan 28.4 peratus lagi mengetahui kaitannya dengan kanser zakar.

HPV pada kebiasaannya boleh menyebabkan perubahan da­lam tubuh ma­nusia dalam ma­sa dua tahun.

Bercakap kepada laman kesihatan Superdrug Online Doctor pakar kesihatan wanita Dr. Hana Patel menjelaskan: “Tiada rawatan langsung untuk virus HPV kerana ia boleh tidak aktif dalam badan. Namun, terdapat rawatan untuk masalah kesihatan yang berpunca daripada HPV.

“Walaupun HPV adalah pun­ca utama kanser serviks, wanita yang mengalami lesion (inflamasi kulit) HPV, mempunyai risiko antara 5 hingga 15 peratus untuk mendapat kanser serviks yang boleh mengambil masa antara 8 hingga 10 tahun untuk merebak,” katanya. – AGENSI

SOURCE: KOSMO

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.