Masalah Darah haid berketul-ketul

Picture
Masalah Darah haid berketul-ketul

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Saya mengalami haid tidak teratur iaitu kadang-kadang lambat seminggu, kadang-kadang lambat beberapa hari.

Haid saya juga lambat bulan ini, cuma saya risau kerana haid yang banyak berbanding kebiasaan. Kali ini ia keluar berketul-ketul, adakalanya banyak, adakalanya sedikit.

Saya sebenarnya tidak pernah mengalami keadaan sedemikian dan baru-baru ini, saya pula tergelincir di tangga. Adakah ia antara punca keadaan haid saya ini?

Yang Risau,
Kuala Lumpur 



Adakah anda berkahwin dan sudahkah anda menjalani pemeriksaan doktor?

Ini kerana ia mungkin disebabkan masalah kehamilan atau keguguran.

Kemungkinan kedua paling lazim adalah gangguan hormon yang berpunca daripada ovari. Ada ubat yang dapat menghentikan pendarahan haid daripada rahim tetapi masalah ovari juga perlu ditangani agar ia tidak berulang sehingga menyebabkan anda bergantung kepada ubat berkenaan.

Apapun, jika anda mengalami pendarahan haid yang banyak, ia boleh menjejaskan kesihatan anda akibat kekurangan darah sama ada dalam jangka masa terdekat mahupun jangka masa panjang.

Jarang pendarahan daripada faraj disebabkan trauma seperti tergelincir kerana rahim berada dalam kedudukan terlindung di dalam sangkar tulang pelvis.

Bagaimanapun, apabila anda menjalani pemeriksaan doktor, ini juga akan diperiksa.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.