Bahaya serangan Semut Charlie!

Bahaya serangan Semut Charlie!

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Sebenarnya serangga ni kecil je tapi sangat bahaya.

Serangga yang sangat berbisa ini di beri nama Charlie, glamer kan namanya?.


Tapi masih ramai yang tak mengenali serangga ini, kebanyakkan kes yang dilaporkan datangnya dari kawasan Utara seperti Kedah, perlis dan kebanyakkannya dari Pulau Pinang.

Selalunya serangga ini akan mula banyak semasa menuai padi kerana habitat sebenarnya ialah sawah padi.

Serangga ini sangatlah berbisa kerana boleh membawa maut.

Sekiranya terkena gigitan serangga pelik ini, ia akan menyebabkan rasa panas dan sangat panas sera meninggalkan parut.


Sekiranya serangga ini menghinggap pada kulit korang, JANGAN sesekali menepuk mcm korang tepuk nyamuk tuh..korang hanya perlu hembus sehingga serangga itu sehingga jatuh..kerana sekiranya ekornya mengenai kulit korang, secara automatik korang akan terasa pedih, panas dan akan menghasilkan gelumbung-gelumbung air.


Aku dah merasa kena serangga ni semasa aku sedap-sedap tidur, serangga ni dengan selambanya merayap atas muka aku, keesokkan harinya terasa pedih sangat dan kemerahan.

Tak pasal-pasal muka aku dah macam lanun sebab ada garisan-garisan merah yang sangat jelas.


Pernah keluar kenyataan menyatakan 'Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.'


Kali ni aku nak kongsi dengan korang info tentang serangga yang sangat merbahaya nih.


Nama Am: Kumbang Rove Nama Spesis: Paederus Fuscipes Nama Tempatan: Semut Sema, Semut Kayap, Charlie


Kesan: Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang Rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksidannya.

Sentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau menggosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis'.





Dari FB Fara Fauzan Ramizun.


"Kulit syara terkena serangga Charlie, Charlie sangat berbisa walaupun tubuh badan dia kecik kemetot..


Bukan kayap atau penyakit lain seperti dikatakan oleh kawan2 facebook.. Bila kita bercakap tu macam satu doa.. Jadi Doa yang baik2 ya untuk Syara..


Alhamdulillah Syara Eryyna dah discharge.. Cuma setiap hari Syara kena lapor diri kat hospital untuk cuci luka.. Syara dah cuba jalan perlahan-lahan.. Tapi Syara dah mula rasa pedih bila cuci.. Syara dah mula menagis.. Syara dah mula tak nyenyak tidur malam..


Terkejut je dari tidur dia jerit " Mama Dont, Mama Jangan, Sakit, Menangis" Trauma rasanya bila cuci.. Doa Syara Eryyna kuat ya semua aunty & Uncle.. Thankyou so much ❤️"

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.