Antara Kepercayaan Khurafat dipatahkan dengan Medikal Sains


Dek Kerana Kepercayaan Khurafat Sang Suami, Isteri Menanggung Sengsara

Kepercayaan karut atau khurafat ini sudah berada dalam masyarakat kita sedari dahulu lagi, di zaman nenek moyang kita lagi. Kurangnya ilmu pengetahuan, dan wujudnya ilmu hitam pada zaman dahulu menjadi punca mereka mempercayai akan kepercayaan ini. Adakalnya, mereka juga menggunakan ilmu hitam untuk melawan pihak jahat.

Itu dahulu, di era moden ini, kepercayaan itu semakin berkurang, masyarakat tahu akan ilmu-ilmu yang dimiliki oleh doktor mampu untuk merawat penyakit yang dihadapi. Tidak perlu menggunakan ilmu hitam lagi, dan lebih-lebih lagi ianya kepercayaan khurafat.

Namun begitu, admin ingin kongsikan, ceritera yang mungkin kita tidak sangka masih lagi wujud di zaman ini. Di mana, masih ada yang mempercayai akan kepercayaan karut, sehingga memudaratkan insan tersayang, nukilan ini dipetik dari Medical Mythbusters Malaysia . Mari kita selami penceritaan ini, dengan hati yang tenang.


DOKTOR, ISTERI SAYA DIRASUK

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Doktor Farhan sedang bertugas di zon merah. Malam ini agak sepi berbanding malam2 lain. Kebiasaannya pada waktu ini sudah ada 2-3 kes kritikal yang dibawa masuk, tapi malam ini tidak.

Zon merah kosong dan tenang. Pesakit terakhir baru saja ditolak naik ke ICU 15 minit yang lepas.
Apabila suasana tenang seperti ini, staf2 mengambil peluang untuk berehat seketika. Suasana di jabatan kecemasan sukar diramal. Kadang kala ketenangan yang dinikmati adalah merupakan keamanan seketika sebelum jabatan menjadi huru hara seperti dilanggar todak.
Mat Saleh kata, "The calm before the storm."

Farhan baru hendak duduk di kerusi apabila loceng kecemasan berbunyi 3 kali menandakan ada kes kritikal baru yang akan masuk ke zon merah. Farhan menghela nafas panjang dan staf2 bergegas ke zon merah. Ada yg mulutnya masih mengunyah baki makanan yang dimakan tadi. Mereka tidak tunggu menghabiskan juadah sebaliknya meninggalkan saja makanan demi mengutamakan pesakit.

"Mana MA Fairuz?" tanya Farhan.
Masing2 meninjau2 mencari MA Fairuz yang belum kelihatan.
Kedengaran suara yang baru masuk ke zon merah, "Ada boss. Saya dah sampai. Sorry, saya di tandas tadi" kata Fairuz sambil segera memakai apron dan gloves.

Farhan tersenyum sambil mengusik, "ko sempat istinjak tak?"
MA Fairuz hanya ketawa sambil kata, "Sempat boss. Sempat. Kejap je. Bukan mandi wajib."

Seluruh pasukan menunggu dengan berdebar2 utk kes yang bakal tiba. Pintu dibuka dan seorang pesakit wanita dalam lingkungan umur 30 tahun ditolak masuk dengan troli.

Pesakit kelihatan kurus dan cengkung. Matanya terjegil seolah2 tersembul dan kelihatan menakutkan. Pesakit kelihatan bernafas dengan kencang dan kelihatan amat gelisah. Bacaan oksigennya hanya 80% sedangkan sepatutnya ia lebih dari 97% bagi orang yang normal. Denyutan nadi pesakit amat laju sekitar 140 denyutan/minit. Badannya panas dengan suhu 39 darjah Celcius.

Farhan segera memberikan bantuan oksigen dan mula merawat pesakit. Dalam keadaan pesakit tercungap2 seperti itu tidak memungkinkan Farhan mendapatkan maklumat dan cerita dari pesakit. Perubatan kecemasan begitulah....kita akan merawat sekalipun diagnosis belum disimpulkan. Yang penting pesakit mesti distabilkan.

Doktor2 muda, jururawat dan para MA bersama2 bertungkus lumus melakukan pelbagai rawatan terhadap pesakit sambil mendengar arahan2 yang diberikan oleh Farhan dari semasa ke semasa.

Di tengah2 kesibukan itu seorang lelaki masuk ke zon merah dan memperkenalkan dirinya sebagai suami pesakit.

Alhamdulillah! Ini peluang! Apabila pesakit tidak mampu bercerita, waris adalah sumber maklumat yang penting bagi para doktor. Peluang ini sesekali tidak mahu disia2kan Farhan.

Farhan lantas bertanya, apakah masalah pesakit.
Suami pesakit menghela nafas panjang dan berkata, "Saya kalau cerita doktor tak percaya. Tapi saya bagitau jugaklah. ISTERI SAYA INI DIRASUK HANTU."

Farhan terkejut. Dah lah tengah2 malam ni, mai pulak cakap pasal hantu pulak.
Farhan memberanikan diri dan bertanya, "Apa maksud encik? Boleh cerita lebih lanjut?"

Suami pesakit mengeluh panjang dan bercerita,
"Isteri saya ni dulu sihat, doktor. Sejak setahun ni dia terkena buatan orang. Ada orang yang tak puas hati dengan keluarga kami hantar hantu. Jadi dia sakit2 semenjak itu."

"Maksud encik, sakit2 macam mana tu?" tanya Farhan mencungkil lebih dalam.

"Doktor bayangkan...tengah2 malam dia kata panas dan berpeluh2. Dia sentiasa gelisah. Marah2 anak tak ketahuan. Tak boleh tidur malam. Kalau dia tido pun, dia mimpi yang buruk2."


Farhan mendengar dengan teliti sambil mengangguk2.

"Macam2 bomoh, ustad saya dah bawak. Depa kata ni hantu Siam. Susah benau nak halau.
Badan isteri saya jadi semakin kurus hingga tinggal rangka."


"Selera makan bagaimana?" soal Farhan, sambil matanya memantau proses rawatan yang dilakukan pada pesakit.

"Itulah yang peliknya doktor. Jin hantu yang duduk dalam badan isteri saya tu makan punyalah banyak. Selera isteri saya bertambah tapi semua zat yang dia makan disedut hantu tu. Dia semakin kurus dan cengkung. Mata pun dah tersembul. Jiran2 tengok pun takut. Sekarang haid dia pun dah 3 bulan tak datang. Tok Ayah yang rawat dia kata dia bunting anak jin," sambung suami pesakit bersungguh2.

Farhan hanya mendengar. MA Fairuz yang turut berada di sebelah menepuk bahu Farhan seolah2 mengerti gelora hati yang sedang berlaku di dalam hati Farhan.

Farhan menarik nafas panjang dan bertanya, "Selama ni ada bawa isteri jumpa mana2 doktor tak?" Farhan bertanya sekalipun dia sudah boleh mengagak jawapannya.

"Takde doc. Sakit macam ni bukan bidang doktor. Benda ni soal alam ghaib," kata suami pesakit.

"Jadi kenapa datang kali ni ke hospital?" soal Farhan kehairanan.

"Tok Ayah suruh mai spital sebab isteri saya dah sesak nafas dan meracau2. Dia kata, hantu dah kenakan sakit gila pada bini saya. Tok Ayah nak isteri saya dimasukkan ke wad sakit jiwa utk rawatan. Nanti dia sambung balik rawat semula," kata suami pesakit dengan bersemangat.

Farhan tidak dapat menahan perasaannya. Kini bomoh dah start refer kes dengan arahan untuk admit ward. Siap buat diagnosis psikiatri lagi sesuka hati. Muka Farhan merah padam. Dia melihat pesakit yang pernafasannya mula perlahan. Tanda2 vital signs seperti saturasi oksigen kini 98% dan denyutan nadi pesakit juga telah turun sedikit ke 130.

Farhan lantas meminta suami pesakit tunggu di luar dan pergi bertemu pesakit.

"Saya tak gila doktor..." Kata pesakit tersebut sayu sejurus Farhan tiba di sisi katil.

"Saya tahu puan. Puan jangan risau," kata Farhan. Segera dia menyelak tudung pesakit untuk melihat leher pesakit dan kelihatan sebuah benjolan yang besar di leher pesakit.
"Tok Ayah kata bengkak ni santau yang dihantar orang," kata pesakit tersebut.

Farhan sudah mempunyai diagnosis kini. Dari cerita dan pemeriksaannya dia sudah ada diagnosis dalam fikirannya. Dia hanya perlu melakukan ujian pengesahan. Segera ujian darah diambil dan dihantar ke makmal. Farhan menelefon Juruteknologi Makmal Perubatan kerana hendakkan bacaan segera keputusan darah. MLT Liza yang menjawab panggilan bersetuju menjalankan ujian segera.


Seperti dijangka, bacaan ujian mengesahkan diagnosis Farhan. Pesakit ini sedang mengalami Thyroid Storm. Ia adalah penyakit disebabkan rembesan hormon thyroid yang keterlaluan di dalam badan.

Tanpa berlengah masa, Farhan memulakan rawatan2 khusus untuk penyakit ini dengan diberikan ubat2an. Farhan juga merujuk kes tersebut ke doktor medical dan juga doktor ICU kerana pesakit memerlukan rawatan rapi lanjutan.

Kasihan pesakit ini. Setahun dia menderita dek kedunguan suaminya yang terlalu mempercayai syirik dan khurafat. Sedangkan sakitnya amat mudah dirawat dengan hanya memakan ubat Carbimazole dan Propanolol saja.

Farhan memanggil suami pesakit dan menerangkan secara panjang lebar kepada pesakit dan suaminya. Tercengang mulut sang suami mendengar penjelasan Farhan.

"Jadi bini saya tak gila?" tanya suaminya.

"Isteri encik tak gila. Dia sakit thyroid. Dia tidak dirasuk dan juga tidak bunting anak jin. Kesemua gejala yang encik ceritakan adalah disebabkan hormon thyroid yang terlalu banyak di dalam badan. Kita boleh rawat sakit ini dengan ubat yang akan mengurangkan penghasilan hormon thyroid ini. Strategi rawatan lanjut akan diberitahu oleh doktor pakar perubatan di wad nanti," kata Farhan sambil tersenyum.

Pesakit ditolak ke ICU selepas itu. Sebelum pergi, pesakit sempat membuka topeng oksigen dan berkata kepada Farhan, "Terima kasih doktor." Farhan cukup gembira dan puas hati.

****************************

Selang sebulan kemudian, ketika bekerja di zon yang sama, sekali lagi pesakit yang sama dikejarkan masuk ke zon merah. 

Kali ini simptom lebih teruk lagi dengan jantung yang bengkak dan kegagalan jantung hingga paru2 berair. Pesakit terpaksa ditidurkan dan dimasukkan tiub bantuan pernafasan.

Suami pesakit kembali menemui Farhan.
Farhan kehairanan dan bertanya, "Isteri encik makan ubat tak?"

Suaminya menjawab dengan penuh keyakinan, "Kami dah stop ubat2 doc. Ubat2 ni semua bahan kimia. Kami nak berubat natural dan ikut 'sunnah'. Jadi saya bagi bini saya makan madu dan habbat saja."

Muka Farhan kembali merah padam menahan marah. Dia bertanya lanjut, "Ada makan ubat2 lain selain Madu dan Habbat tak?"

"Ada doc. Nama ubat tu Selmek. Saya baca dalam page Facebook Masyarakat Kena Tipu (MKT), depa kata ubat ni boleh memulihkan segala penyakit. Mahal doc. Tapi takpa la...janji isteri saya bebas dari ubat2 syubahat hospital," kata suami pesakit dengan bangga sambil kembang kempis lubang hidungnya.

Farhan sugul. Dia bercerita kepada rakannya Doktor Firdaus setelah habis syif.
Dr Firdaus memujuk Farhan. 

Dr Firdaus kata, "Sabar bro. Hanya kaki khurafat saja yang menjadi macai pseudoscience. Keluar mulut naga, masuk mulut buaya. Kita hanya mampu doa saja depa2 ni dapat hidayah."

Sesungguhnya pesakit tidak dirasuk. Sebaliknya Valak2 yang memakai jubah2 ugama sentiasa gigih menjerumuskan golongan yang jahil ke arah kebinasaan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.