Ketahui Tip Mudah Untuk Turunkan Berat Badan

"Tak Sangka, Buat Macam Ni Pun Dah Boleh Turunkan Berat Badan", Gadis Ini Kongsikan Bagaimana Caranya

Memiliki berat badan yang ideal sememangnya diimpikan oleh setiap lelaki dan wanita, ianya sering kali menjadi penanda aras yang harus dicapai tidak kira waktu.

Ramai juga yang kekal fokus untuk mengurangkan berat badan, tetapi ada juga yang kalah di pertengahan jalan, disebabkan faktor-faktor seperti pengambilan diet yang salah, juga tidak kekal dengan rutin yang sihat.

Untuk sentiasa kekal positif ianya memerlukan banyak pengorbanan dan komitmen, namun begitu, hasilnya kelak semestinya mengagumkan. Admin ingin kongsikan, beberapa tip mudah yang boleh diikuti, tentang bagaimana caranya untuk mengurangkan berat badan, tip ini dikongsikan oleh seorang gadis yang terbukti berkesan setelah dia mengamalkan tip tersebut.

Jom kita tengok, apa yang perlu dilakukan.


Hai korang ! Aku taknak bercerita panjang perjalanan turun berat badan aku tapi setiap cerita mesti ada intro kan takkan nak masuk part isi kandungan terus karang orang tak paham.

Okay, masa zaman sekolah menengah dulu berat aku dlm range dia 60-63kg. Tapi bila aku cakap kat kawan-kawan yang aku nak kurus, semua cakap ‘ala kau tak gemok pun’ ‘elok je aku tengok body kau’. Yes, kalau tengok cermin memang tak nampak sangat kegemukan ni tp aku yg menanggung beban sbb badan berat sangat. Mudah sangat semput. Tp masa tu sekolah lagi kan, takde la nak semakkan kepala ngan benda2 kurus ni so let it go je. 

Habis spm aku duk rumah and masa tu zaman kegemilangan wechat and segala social medias so 24/7 keje hadap phone jelah sampai lupa nak makan – aku sekolah kat boarding school so paham2 jela bila balik rumah dapat phone and internet. Sbb lupa nak makan tu aku turun dalam 10kg dlm masa 4 bulan kalau tak silap. Happy woi berat turun ! 

Tapi kejap je, masuk matrik berat aku naik balik sampai range 60-63kg jugak. Stress kau tp masa tu duk matrik en so aku malas nak amek port kuruskan badan ke ape. Haa dari sini lah start cerita berat badan aku berkurang dan konsisten sampai sekarang. Paling kurus aku boleh go 50kg and paling gemok pun 53kg. Duk tara tuu ja sekarang. Okay meh nak kasi tips : 


1. Minum Plain Water Banyak Banyak Banyak 

Ape yang aku amalkan dari matrik ialah bila bangun tido, minum air masak dulu. Jangan terus nk berus gigi ke ape. Lagi elok kau gargle pastu telan. Jijik sikit bunyi dia kan tp benda ni sunnah kot hehe. Aku pun geli gak nak buat mula2 tu tp dah alah bisa tegar biasa. 

Then, nak tido malam. Takpayah nak minum susu ke fresh orange ke, minum je air masak sampai lah kau terlelap. Yg ni pun sunnah jugak taksilap aku. Sebelum and selepas mandi pun better kau minum air masak jugak sbb ape aku pun lupa. Eh boleh dikatakan semua benda kau nak buat kau minum air masak dulu lah. Kalau aku sehari aku cuba habikan 2-3 liter air. 


2. Kurangkan Minuman Manis 

Dulu kat sekolah boleh dikatakan 3 kali sehari aku minum air yg bergula, bersusu. Tp dua tahun lepas aku cuba limitkan sekali je sehari and hanya minum air manis pada waktu pagi or siang hari je sbb waktu tu kita perlukan tenaga nak bekerja, belajar and so on. 

And gula tu kiranya dah ditukar menjadi tenaga dan bukan penyebab kau gemok. Pepsi, coke and segala jenis soft drinks tu baik takpayah minum terus okay. Kalau nak sangat, sebulan sekali cukup. Tp aku tak suka soft drinks so kerja aku jd lebih senang. 


3. Work Out 

Aku pun jarang work out sbb segan nak work out dlm bilik bila kat u. Kalau kat rumah pun aku buat dua minggu sekali tp jarang sangat la aku work out sbb malas hehe. Tp aku suka menari so kira dia topup work out aku yg tertangguh la gituwww. Sekarang aku tunggu je gym bukak sbb badan dah geleber and start semput dah kalau work out. Baru lepas cuti sem kot what do you expect ? Buat lemak jela kat rumah. 


4. Kurangkan Junk Food and Processed Food 

Zaman sekolah and matrik dulu locker aku macam speed mart mini tau. Macam2 jenis biskut, kek apollo, instant food and drinks ade. Aku jarang beli cikedis sbb aku tak suka and memang dididik utk jauhi mereka. Tp bila dah hujung2 semester kat matrik, semua makanan dlm locker ditukar dengan makanan yg ade nama ‘oat’. Kejap je aku makan benda2 oat ni sbb dia boleh menggemukkan jugak kalau tak ikut portion yg betul. 

Then bila masuk u, locker aku semakin tiada stok makanan. Sem satu aku still beli tp tak banyak and boleh tahan sampai sem dua sbb aku tak makan pun. Sem tiga aku beli chipsmore yg paket kecik tu satu je tp masih ade dlm locker. Tunggu lah bila lapar nanti aku ngap dia. 


Rasanya tu jelah yang kau buat dari dua tahun lepas sampai sekarang. Bab makanan harian aku still makan macam manusia normal sbb aku ade gastrik. 

Okay selamat mencuba gaiss.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.