Berita baik untuk pencinta kucing!
Kajian yang yang dilakukan kepada lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun menemui,✔️ Pemilik kucing mempunyai 30% risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan strok berbanding individu yang tidak membela kucing.
Penjelasan disebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stress dan kebimbangan serta kawalan tekanan darah yang lebih baik. Individu yang membela kucing juga kurang rasa keseorangan dan mempunyai mood yang lebih baik.
Kucing adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja. Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif!
Like @Public Health Malaysia untuk informasi kesihatan
Rujukan
Qureshi, Adnan I et al. “Cat ownership and the Risk of Fatal Cardiovascular Diseases. Results from the Second National Health and Nutrition Examination Study Mortality Follow-up Study.” Journal of vascular and interventional neurology vol. 2,1 (2009): 132-5.