Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat. 10 Cara Yang Berkesan!
Untuk pengetahuan ibubapa semua, menurut kajian oleh Canadian Family Physician, ubat batuk bahaya untuk kanak-kanak dibawah umur 4 tahun. Ibubapa boleh amalkan tips ini untuk kurangkan batuk anak-anak. InsyaAllah, berkesan.
1) Rehatkan anak:
- Tenaga diperlukan untuk melawan jangkitan. Dengan rehat yang cukup, proses penyembuhan dapat berlaku
2) Mandi air suam (semua peringkat umur)
- Air suam membantu mencairkan kahak dalam rongga hidung dan tekak.
- Juga membantu merehatkan minda anak-anak.
3) Saline drops dan Bulb syringe (semua peringkat umur)
- Penggunaan saline drops melegakan hidung tersumbat.
- Bulb syringe bagus digunakan untuk bayi. gunakan 15 minit sebelum menyusu baby, supaya penyusuan lebih lancar.
4) Vapor rubs (3 bulan keatas)
- kajian menunjukkan kandungan vapor rubs tiada kesan keatas hidung yang tersumbat, tetapi ia membantu anak bernafas dengan lebih baik keran kesan penyejukan bahan vapor rubs
5) Banyakkan minum air (6 bulan keatas)
- Air membantu mencegah kekeringan dan mengurangkan hingus dan kahak
6) Sup panas/suam (6 bulan keatas)
- Sup panas bantu melegakan hidung yang tersumbat
7) Meninggikan kepala anak semasa tidur (12 bulan keatas)
- Tinggikan kepala anak semasa tidur dengan meletakkan kain atau bantal yang lebih. keadaan ini membantu anak bernafas dengan lebih baik
8) Madu (12 bulan keatas)
- Menurut kajian, madu dapat melegakan sakit kerongkong dan juga membantu menghilangkan kahak. Malah Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
9) Ajar anak keluarkan kahak (2 tahun keatas)
- Ajar anak keluarkan kahak sendiri jika dia dah cukup besar dan pandai keluarkan kahak.
10) Berkumur dengan air garam (4 tahun dan keatas)
- Ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk, juga membantu mengeluarkan kahak dari kerongkong.