Fakta Gripe Water Yang Anda Perlu Tahu
Fakta Gripe Water Yang Anda Perlu Tahu
Penggunaan gripe water bukan perkara baru walau 2 badan besar dunia iaitu WHO & BFHI telah menggariskan tiada sebarang cecair atau makanan tambahan harus di berikan kepada bayi di bawah 6 bulan.
Penggunaannya melangkau strata status dan ekonomi dimana 2 kajian membuktikan sejumlah 43% doktor di seluruh dunia juga masih menyarankan gripe water sebagai penawar colic atau sawan tangis.
Resipi asal gripe water yang diperkenalkan Woodwards sebenarnya adalah olahan resipi seorang physician pada tahun 1840an yang mencipta penawar 'fen fever' iaitu sejenis penyakit malaria!. Gripe water TELAH DI BUKTIKAN oleh ramai saintis DAN DI PERSETUJUI RAMAI DOKTOR sebenarnya tidak mempunyai kesan signifikan. Kandungan alkoholnya yang tinggi (sebahagian jenama mempunyai kandungan alkohol 7% lebih tinggi untuk membuat orang dewasa ketagih) di percayai bertindak sebagai faktor penenang.
Sebahagian jenama yang mendakwa bebas alkohol pula mengandungi sodium bikarbonate yang tinggi dimana penggunaan berterusan boleh menyebabkan alkalosis dan milk alkali syndrome pada bayi.
Beberapa kes penyakit akibat penggunaan kerap gripe water pernah di rekodkan di seluruh dunia. Penggunaannya makin mendapat tentangan dan sebahagian negara telah pun mengharamkannya. Lebih-lebih lagi setelah lebih sedekad lalu saintis membuktikan bahawa colic atau sawan tangis yang benar-benar di sebabkan kembung, kesakitan atau ketidakselesaan perut hanyalah kira-kira 10-15% dari bayi colic keseluruhannya.
Selebihnya colic hanyalah di sebabkan adaptasi lemah bayi terhadap dunia baru dan hakikat mereka mudah rimas dengan ransangan dari keliling. Selalunya, tangisan boleh di kurangkan dengan amalan gendong, teknik cuddle cure atau teknik bertenang yg lain.
Jika bayi anda benar-benar di buktikan kembung dan anda masih ingin menggunakan gripe water atau yang setara dengannya, pastikan 6 perkara di bawah ini;
1. Gripe water terbahagi kepada 3 jenis: 1)hemopati yang menggunakan bahan semula jadi 2)dadah tiruan seperti dadah refluk atau dadah anti-gas yang juga di kenali sebagai Simethicone dan 3)berbentuk supplement tambahan
2. Pilih gripe water yang hanya menggunakan bahan semulajadi. Kebanyakkan gripe water jenis supplement tambahan tidak mendapat FDA approval kerana polisi ini tidak wajib bagi supplement manakala bagi gripe water berasaskan dadah tiruan, FDA melarang penggunaanya kepada bayi kurang 2 tahun.
3. Gripe water berasaskan dadah tiruan dan supplement tambahan memang mempunyai banyak kesan sampingan termasuk mengganggu keasidan asli perut, melemahkan tulang, merencatkan penyerapan vitamin dan lain-lain.
4. Jauhi sama sekali sebarang gripe water yang memerlukan anda memberinya secara 'regular dosing' iaitu perlu di ambil secara tetap dan bukannya hanya ketika simptom colic muncul. RAMAI IBU BAPA YANG MENJADIKAN PERKARA INI SEBAGAI AMALAN DENGAN HARAPAN MENCEGAH SEBELUM TERKENA SEDANGKAN MEMBERI SESUATU YANG TIDAK DIPERLUKAN BADAN BAYI BUKANLAH PERKARA YANG BAGUS.
5. Jauhi gripe water beralkohol kerana sangat merbahaya kepada bayi
6. Jauhi gripe water yang mengandungi sodium bikarbonate, gula, minyak dan ekstrak herba, gluten, soy serta produk tenusu binatang kerana di buktikan tidak bagus dan tidak sesuai untuk bayi kecil.
Pelbagai jenama gripe water terdapat di pasaran. Malah beberapa ubat penawar colic tidak menggunakan label gripe water sebaliknya menggunakan nama seperti dentinox, colief, infacol, colic drop dan lain-lain. Buat pilihan anda dengan bijak.
Sumber: Baby Language
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags