Sebelum ini kopi banyak dikaitkan dengan salah satu faktor menaikkan nafsu makan, malahan ada juga yang beranggapan kopi dapat membantu mereka menurunkan berat badan kerana menghilangkan nafus makan mereka.
Namun, menurut kajian terbaru yang telah dilakukan di Australia telah menemui penemuan bahawa sebenarnya kopi tidak langsung boleh mempengaruhi nafsu makan anda seperti yang dipetik dari Womenshealthmag.com.Penelitian yang dilakukan pada beberapa kumpulan di Australia itu mendapati bahawa dengan meminum kopi ianya tidak menunjukkan perbezaan nafsu makan mereka lagi-lagi ketika dihidangkan dengan berbagai macam makanan.
Kesimpulan yang diperolehi adalah kopi tidak dapat digunakan untuk menurunkan nafsu makan anda walau apa jenis kopi sekalipun. Nafsu makan anda tidak akan berkurang dan juga bertambah.
Walaupun kajian ini dianggap mempunyai kekurangan kerana dilakukan dalam bilangan yang kecil namun kopi dikatakan memberi fungsi tindakan sebagaimana air. Dengan air, rasa lapar boleh ditunda kerana perut tidak lagi kosong dan begitu juga dengan kopi.
Oleh itu, dengan atau tanpa kopi anda tetap memerlukan diet dan senaman yang teratur dan seimbang agar berat badan boleh turun dengan lebih berkesan.
Jangan tertipu dengan mitos tertentu, diingatkan sekali lagi kopi tidak menjamin berat badan akan turun ya!