Bahaya Makan Sushi Terlalu Banyak, Badan Dipenuhi Cacing Pita

Picture
Bahaya Makan Sushi Terlalu Banyak, Badan Dipenuhi Cacing Pita

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


NGERI! Seorang penggemar sushi berhadapan dengan situasi yang amat mengerikan apabila bahagian dalaman badannya dipenuhi oleh makhluk parasit, cacing pita, akibat makan terlalu banyak sushi.

Mangsa dikatakan amat menggemari sushi jenis 'sashimi' iaitu kepingan ikan mentah. Mangsa mula menyedari badannya dipenuhi parasit berkenaan selepas bertemu dengan doktor kerana mengalami sakit perut dan kulit gatal.


Imbasan dilakukan mendapati keseluruhan badan mangsa dijangkiti cacing pita dan doktor mengesahkan ia berpunca dari ikan mentah yang dimakan oleh mangsa dalam jumlah yang banyak telah tercemar.

Picture
Mangsa kini dirawat di Hospital Guandong.

Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva ‘diphyllobothrium’ yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.

Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana ‘sashimi’ semakin popular. Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak. - AGENSI

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.