Penyakit Ebola telah menular ke Amerika Syarikat untuk kali yang Pertama



Doktor Sahkan Kes Pertama Ebola Di Amerika Syarikat

Atlanta - Seorang pesakit yang dirawat di sebuah hospital Dallas menjadi orang yang pertama disahkan menghidap Ebola di Amerika Syarikat. Pegawai kesihatan mengumumkan perkara itu pada hari Selasa,30 September.

Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu dikatakan berada di Liberia pada 19 September dan tiba di Amerika Syarikat pada 20 September, kata Dr Thomas Frieden, Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Pengesahan peyakit Ebola ini telah menyebabkan keresahan berlaku dalam kalangan orang ramai di Amerika Syarikat. Jika dilihat di laman media sosial, masing-masing meluahkan kerisauan dan ada yang berkata mahu meninggalkan Amerika Syarikat serta merta.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.