Tips Petua Mengeluarkan Hingus Dan Kahak Bayi



Petua Tips Mengeluarkan Hingus Dan Kahak Bayi

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni seperti biasa, ina ingin kongsikan dengan anda satu lagi tips kesihatan yang sangat berguna terutamanya bagi ibu-ibu di luar sana.

Perkongsian kali ini berkenaan dengan Tips mengeluarkan hingus dan kahak pada  bayi yang selsema dan batuk. Bukan mudah untuk menjaga anak yang sedang selsema ditambah pula dengan batuk dan demam. 

Keadaan ini menyukarkan mereka untuk bernafas kerana mereka tidak pandai mengeluarkan sendiri hingus atau kahak yang ada di dalam hidung mereka. Apa yang mampu mereka lakukan adalah menangis. Malah ibu juga turut menangis kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya keadaan semakin teruk, mereka mengambil keputusan untuk membawa bayi ke klinik untuk 'disedut' yang mana sangat menyakitkan.

Secara jujurnya, ina sendiri belum pernah mengalami situasi begini kerana hingga ke hari ini Arissa jarang sekali selsema dan batuk yang teruk. Hanya berair hidung itu pun boleh dikira berapa kali. Alhamdulillah. Tetapi sebagai ibu, kita haruslah melengkapkan diri dengan ilmu didada agar apabila ianya berlaku kepada anak kita, sekurang2nya kita sudah bersedia dan boleh mempraktikkan ilmu yang ada. Insyaallah.

Pagi ini, ina ingin kongsikan dengan anda kisah benar salah seorang pengguna FB yang sudi berkongsi dengan ibu-ibu yang lain berkenaan tips mengeluarkan hingus dan kahak hanya menggunakan bawang puith. Ina sudah pun memohon kebenaran dari beliau untuk dikongsikan dengan anda semua di blog ini. Insyallah semoga tips mengeluarkan hingus dan kahak ini memberi manfaat kepada kita semua. Amin.

Tips Mengeluarkan Hingus dan Kahak Bayi
1. Ambil 2 biji bawang putih, kupas kulitnya dan bakarkan hingga hangus. Cara nak bakar tu, boleh cucuk pada garfu dan lalukan di atas api dapur gas.

2. Selepas itu, masukkan bawang putih tadi ke dalam satu mangkuk dan masukkan 4 sudu minyak habbatussauda. Jika tiada, boleh gantikan dengan minyak zaitun atau minyak masak. Kemudian hancurkan bawang putih tadi bersama minyak.

3. Apabila bawang putih sudah hancur, tuangkan kedalam baldi bersih. Masukkan air panas separuh baldi. Kacau air panas agar sebati dengan bawang putih dan minyak tadi.

4. Duduk atas kerusi. Selepas itu tiarapkan bayi di atas peha anda. Baldi air panas tadi mesti di letakkan dibawah muka bayi. Pastikan jarak muka bayi dan baldi tidak terlalu dekat agar muka bayi anda tidak terlalu panas.


5. Tepuk belakang badan bayi perlahan-lahan. Jangan tepuk ditengah- tengah tulang belakang sebaliknya di kiri dan kanan tulang belakang bayi. Buat sekejap sahaja dalam 1minit. Jika masih belum keluar, buat lagi 1minit sehingga hingus dan kahak keluar.

P/s: Tips ini seeloknya di buat pada waktu pagi kerana hingus dan kahak banyak pada waktu pagi. Bayi yang di dalam pantang tidak berapa sesuai menggunakan teknik ini kerana bimbang kulit muka bayi tidak tahan wap panas. Seeloknya, sapukan sahaja minyak bawang putih yang kita buat tadi di tapak kaki dan belakang badan bayi.
 _______________________________________________________________________

Inilah gambar anak beliau yang berusia 8 bulan setelah selesai sesi mengeluarkan hingus dan kahak. Jom kita layan gambar bayi comel ni =)




Banyak kan hingus yang keluar? Alhamdulillah.


Tidur lena sudaaaa =)


Itu aje perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat kepada kita semua. Jangan lupa tekan butang LIKE dan SHARE di bawah ini ye agar kawan-kawan kita juga dapat tahu tentang info berguna ini. Insyaallah, esok ina akan kongsikan info berkenaan khasiat bawang putih yang sangat menakjubkan yang masih tidak diketahui ramai. Bertemu lagi. Assalamualaikum =)

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.