
Vaksin kanser Russia sedia dikeluarkan

Ubat penemuan baharu itu sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Russia.
Menurut pegawai itu, vaksin tersebut menunjukkan hasil yang cemerlang sepanjang tiga tahun ujian praklinikal.
“(Ujian) itu telah membuktikan keselamatan vaksin, termasuk penggunaannya secara berulang dan tinggi keberkesanannya yang dikaitkan dengan pengurangan saiz tumor dan perlambatan pertumbuhan tumor,” katanya kepada akhbar Izvestia di luar Forum Ekonomi Timur di Vladivostok.
Beliau menambah bahawa dalam beberapa jenis kanser, kesan vaksin itu mencapai 60 peratus hingga 80 peratus.
“Kajian juga menunjukkan peningkatan kadar kelangsungan hidup yang sangat penting.
“Kami telah menyerahkan dokumen kepada Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan kebenaran bagi penggunaan klinikal” tambah pegawai itu.

Menurut penciptanya, Institut Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya, ia merupakan vaksin berasaskan mRNA yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk melatih sistem imun pesakit menyerang sel-sel kanser.
Ketua institut, Alexander Gintsburg sebelum ini berkata bahawa vaksin itu tertakluk kepada rangka kerja peraturan unik kerana sifatnya.
“Ini adalah proses yang pada asasnya berbeza daripada pendaftaran ubat standard,” katanya bulan lalu.
Institut itu juga membangunkan vaksin Covid-19, Sputnik V Russia dan kini sedang berusaha untuk mengeluarkan vaksin HIV menggunakan teknologi mRNA yang sama. – AGENSI
SOURCE: kosmo.com.my
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date