Fakta : Jus buah-buahan tidak baik untuk kesihatan


Jus buah-buahan tidak baik untuk kesihatan?

Jika anda adalah seorang penggemar jus buah-buahan dan menyangkakan ia adalah satu pilihan bijak untuk kekal sihat, anda mungkin silap.


Memetik laporan Grazia, satu kajian telah mencadangkan pasaran jus buah-buahan untuk kanak-kanak perlu dihentikan sebagai pilihan sihat.

Ini kerana walaupun kita tahu buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat seperti antioksida dan fiber, ia mempunyai kandungan gula yang mungkin tidak baik untuk kesihatan kita.

Pengarah Kempen Action On Sugar, Katherine Jenner yang melakukan kajian tersebut berkata, "Makanan dan minuman yang dimaniskan dengan jus buah sering dilihat lebih sihat berbanding yang dimaniskan menggunakan gula biasa. Namun hakikatnya, ia adalah sejenis gula yang tersembunyi.

"Gula buah atau fruktos ditemui secara semulajadi dalam buah-buahan atau sayur-sayuran, yang dihasilkan dalam bentuk sel fibros bersama vitamin dan mineral. Jadi ia dianggap sihat walaupun kandungan gula yang tinggi."

Jenner turut menegaskan, 'semulajadi' tidak bermakna ia bagus untuk kesihatan dan boleh merosakkan gigi.

"Apabila buah diproses untuk dijadikan jus, gula yang terkandung dibebaskan daripada sel fibros untuk merosakkan gigi dan memberi kalori yang tidak membuatkan anda rasa kenyang.

"Perlu diingatkan tidak semua bahan semulajadi baik untuk kesihatan. Minum kalori anda tidak bermakna anda akan berasa kenyang dan mendapat segala nutrisi yang anda lihat pada buah-buahan.

"Pengambilan sedikit buah-buahan sudah mencukupi, tetapi jangan amalkannya setiap hari hari," katanya.

Oleh itu bagi yang masih mahu mengamalkan pengambilan jus, anda boleh lakukannya dengan meningkatkan kandungan sayur-sayuran kerana ia rendah kandungan gula. Walaubagaimanapun ia boleh dimaniskan dengan sebiji buah epal atau pir.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.