Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia sejam selepas makan bersama bapanya di sebuah kedai makan, di sini.
Bapa mangsa, Hamzah Mat Som, 48, berkata, di kedai berkenaan, anaknya, Nuran Zuriman Hamzah, menikmati nasi goreng cina manakala dia hanya makan kentang goreng.
Menurutnya, ketika itu anaknya berselera menjamah hidangan berkenaan tanpa menunjukkan sebarang perubahan sehingga pulang ke rumah.
“Sebaik sampai di rumah kira-kira jam 7.30 malam, arwah terus bermain permainan video, tiba-tiba arwah berlari ke bilik air dan muntah-muntah.
"Kami tak syak apa-apa pada mulanya namun sebaik keluar bilik air arwah terus rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan, di sini, kelmarin.
Hamzah berkata, selepas melihat anaknya pengsan, dia segera menghubungi ambulan untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Sinar Harian