Penyakit jantung tak kenal usia

Sakit jantung tidak kenal usia.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Picture
Kamal (bukan nama sebenar) berusia 29 tahun dan aktif bermain futsal dua kali seminggu. Ketika sedang bermain futsal, Kamal mengadu sakit dada yang teramat sangat. Ini diikuti dengan kesukaran bernafas, berpeluh sejuk, pening dan berdebar-debar. Rakan membawa Kamal ke wad kecemasan dengan segera.

Pemeriksaan Eloktro Kardiogram (ECG) menunjukkan beliau mengalami serangan jantung akut.

Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan prosedur angiogram dilakukan sertamerta. 

Pemeriksaan angiogram mendapati satu salur darah utama tersumbat akibat pembentukan darah beku. 

Prosedur seterusnya adalah angioplasti untuk menyedut keluar darah beku dan meletakkan satu stent disalur darah berkenaan. Kamal gugup apabila diberitahu beliau mengalami serangan jantung. 

Beliau seakan tidak percaya dan menyangka dalam usianya yang muda sudah menghidapi penyakit jantung dan sekiranya tidak segera dirawat serta mengambil langkah pencegahan, ia mungkin boleh membawa maut.


Picture
Datuk Dr Ismail Yaakob

Mengulas kes di atas, Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Ampang Puteri, Datuk Dr Ismail Yaakob, berkata kes Kamal dianggap biasa berlaku pada zaman moden ini dan tidak semestinya aktif bersukan seseorang itu bebas penyakit, sebaliknya ia boleh berlaku akibat pelbagai sebab.

Katanya, laporan menunjukkan lebih 20 peratus pesakit yang dimasukkan ke wad hospital kerajaan membabitkan penyakit kardiovaskular.

“Penyakit ini bukan saja berlaku pada usia tua, tetapi serangan jantung akut ini juga kerap berlaku kepada orang muda sehingga mengakibatkan kematian. 

Secara umumnya, mereka yang berisiko tinggi adalah yang mengabaikan amalan hidup sihat seperti merokok, pengambilan makanan berlemak, tekanan, kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal,” katanya, barubaru ini.

Seperti Kamal, walaupun masih muda dan aktif bersukan, tetap mendapat serangan jantung kerana rekod menunjukkan beliau adalah perokok tegar dan mula merokok sejak zaman sekolah menengah. 

Lebih memburukkan keadaan, sejarah keluarga juga ada penghidap penyakit jantung.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.